Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَلَا أَرْقِيكَ بِرُقْيَةٍ رَقَانِي بها جبريلُ عليه السلامُ؟ بِسْمِ اللهِ أَرْقِيكَ، واللهُ يَشْفِيكَ من كلِّ داءٍ فيكَ، من شَرِّ النَّفَّاثاتِ في العُقَدِ، ومن شَرِّ حاسِدٍ إذا حسد، فَرَقَى بها ثلاثَ مَرَّاتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Mahukah kamu aku ruqyahkan kamu dengan ruqyah yang digunakan oleh Jibrail AS kepadaku? Dengan nama Allah aku meruqyah kamu, Allah yang akan menyembuhkan kamu daripada penyakit yang ada pada kamu, daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan, daripada keburukan orang yang hasad apabila dia hasad. Baginda meruqyah menggunakannya sebanyak tiga kali.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1454, hadis no. 7396. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Nabi SAW telah datang menziarahiku. Baginda pun bersabda: Mahukah kamu aku ruqyahkan kamu dengan ruqyah yang digunakan oleh Jibrail AS kepadaku? Dengan nama Allah aku meruqyah kamu, Allah yang akan menyembuhkan kamu daripada penyakit yang ada pada kamu, daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan, daripada keburukan orang yang hasad apabila dia hasad. Baginda meruqyah menggunakannya sebanyak tiga kali. [Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Aḥmad dalam al-Musnad, al-Nasāī dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr, Ibn Ḥibbān dalam al-Ṣaḥīḥ. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3357]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman