Mahukah kamu aku ceritakan tentang manusia yang terbaik dan manusia yang terburuk?

TEKS BAHASA ARAB

ألا أخبركم بخير الناس، وشر الناس؟ إن من خير الناس رجل عمل في سبيل الله على فرسه أو على بعيره أو على قدميه حتى يأتيه الموت وهو على ذلك وإن من شر الناس رجل فاجر جريء يقرأ كتاب الله ولا يرعوي إلى شيء منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kamu mahu aku ceritakan tentang manusia yang terbaik dan manusia yang terburuk? Sesungguhnya manusia terbaik adalah seseorang yang beramal pada jalan Allah atas kudanya, atas untanya, atau atas kedua kakinya hinggalah kematian menjemputnya dalam keadaan dia berada dalam keadaan seperti itu. Sesungguhnya sejahat-jahat manusia adalah seseorang yang jahat perangai, berani melakukan dosa. Dia membaca Kitab Allah, namun tidak mengambil perhatian mana-mana larangan daripada Kitab Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 35, hadis nombor 147. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه النسائي (6/ 11-12) وأحمد (3/ 41-42، 57-58) والحاكم (2/ 67) والبيهقي (9/ 160) من طريق الليث بن سعد عن يزيد بن حبيب عن أبي الخير، عن أبي الخطاب عن أبي سعيد الخدري قال: كان رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم عام تبوك يخطب الناس وهو مسند ظهره إلى راحلته فقال: ألا أخبركم … الحديث. قال الحاكم: صحيح الإسناد وافقه الذهبي
قلت: هذا وهم لا سيما من الذهبي رحمه الله فانه ترجم لأبي الخطاب في الميزان (4/520) وقال: عن أبي سعيد وعنه أبو الخير مرثد اليزني. مجهول. وفي التهذيب : قال النسائي: لا أعرفه وكذا قال ابن المدني. فالحديث ضعيف لجهالة أبي الخطاب عيناً وحالاً. والله أعلم.

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Nasa’ei (6/11-12), Ahmad (3/41-42, 57-58), al-Hakim (2/67), dan al-Baihaqi (9/160) melalui sanad al-Laith bin Sa’d daripada Yazid bin Habi daripada Abu al-Khair daripada Abu al-Khattab daripada Abu Sa’id al-Khudri, katanya Rasulullah SAW berkhutbah kepada orang ramai pada tahun Tabuk, ketika itu Baginda SAW bersandar pada kenderaan Baginda SAW, sabda Baginda SAW: "Tidak mahukah aku ceritakan kepada kamu…".
Al-Hakim berkata: "Sanadnya sahih", dipersetujui oleh al-Zahabi.
Saya berkata: Ini adalah suatu kekeliruan, terutamanya daripada al-Zahabi RH. Ini kerana, beliau sendiri telah membuat biografi Abu al-Khattab dalam al-Mizan (4/520), kata al-Zahabi: "beliau meriwayatkan daripada Abu Sa’id, Abu al-Khair Marthad al-Yazni telah meriwayatkan daripada beliau, Beliau (Abu al-Khattab) seorang yang majhul". Dalam al-Tahzib, beliau berkata: "Al-Nasa’ei berkata: Saya tidak mengenali beliau". Demikian juga disebutkan oleh Ibn al-Madini. Oleh itu, hadith tersebut adalah dha’if kerana Abu al-Khitab seorang yang Majhul al-‘Ain (tidak diketahui identiti) dan Majhul al-Hal (tidak diketahui statusnya). Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs