TEKS BAHASA ARAB
ألا نحدثكم بما يدخلكم الجنة؟ ضرب بالسيف، وطعام الضيف، واهتمام بمواقيت الصلاة، وإسباغ الطهور في الليلة القرة، وإطعام الطعام على حبه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mahukah kalian jika kami khabarkan kepada kalian berkenaan perkara yang memasukkan kalian ke dalam syurga? Melibas dengan pedang, memberi makan tetamu, mengambil berat waktu-waktu solat, menyempurnakan bersuci pada malam yang amat sejuk dan memberi makanan yang dia sukai.
STATUS
Sangat munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 372, hadis nombor 1977. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جداً) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «ألا نحدثكم بما يدخلكم الجنة؟ ضرب بالسيف، وطعام الضيف، واهتمام بمواقيت الصلاة، وإسباغ الطهور في الليلة القرة، وإطعام الطعام على حبه». [ابن عساكر، «الضعيفة» (7134)].
(Sangat Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Mahukah kalian jika kami khabarkan kepada kalian berkenaan perkara yang memasukkan kalian ke dalam syurga? Melibas dengan pedang, memberi makan tetamu, mengambil berat waktu-waktu solat, menyempurnakan bersuci pada malam yang amat sejuk dan memberi makanan yang dia sukai". [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7134].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.