Mahukah kalian aku tunjukkan kepada kalian doa yang menghimpunkan kesemuanya

TEKS BAHASA ARAB

ألا أدلكم على ما يجمع ذلك كله؟ تقول: اللهم! إنا نسألك من خير ما سألك منه نبيك محمد صلى الله عليه وسلم، ونعوذ بك من شر ما استعاذ منه نبيك محمد صلى الله عليه وسلم، وأنت المستعان، وعليك البلاغ، ولا حول ولا قوة إلا بالله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mahukah kalian aku tunjukkan kepada kalian doa yang menghimpunkan kesemuanya? Engkau ucapkan: Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu perkara baik yang Nabi-Mu Muhammad SAW telah minta kepada-Mu dan kami berlindung daripada perkara buruk yang diminta berlindung oleh Nabi-Mu, Muhammad. Engkaulah tempat kami memohon sebarang pertolongan dan Engkaulah yang menyampaikan (apa sahaja hajat), dan tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan )izin) Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1454, hadis nombor 7395. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، قال: دعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بدعاء كثير، لم نحفظ منه شيئاً، قلنا: يا رسول الله! دعوت بدعاء كثير لم نحفظ منه شيئاً، قال: ((ألا أدلكم على ما يجمع ذلك كله؟ تقول: اللهم! إنا نسألك من خير ما سألك منه نبيك محمد صلى الله عليه وسلم، ونعوذ بك من شر ما استعاذ منه نبيك محمد صلى الله عليه وسلم، وأنت المستعان، وعليك البلاغ، ولا حول ولا قوة إلا بالله)). [ت، ((الضعيفة)) (3356)]

(Lemah)
Daripada Abū Umāmah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW berdoa dengan doa yang banyak, kami tidak sempat menghafal apa-apa doa daripada baginda. Kami pun berkata: “Wahai Rasulullah! Engkau berdoa dengan doa yang banyak sehingga kami tidak sempat menghafal apa-apa doa pun”. Baginda pun bersabda: “Mahukah kalian aku tunjukkan kepada kalian doa yang menghimpunkan kesemuanya? Engkau ucapkan: Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu perkara baik yang Nabi-Mu Muhammad SAW telah minta kepada-Mu dan kami berlindung daripada perkara buruk yang diminta berlindung oleh Nabi-Mu, Muhammad. Engkaulah tempat kami memohon sebarang pertolongan dan Engkaulah yang menyampaikan (apa sahaja hajat), dan tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan )izin) Allah."
[Riwayat al-Tirmidhī dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3356]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs