Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Mahukah kalian aku khabarkan tentang manusia terbaik dan terburuk

Teks Bahasa Arab

ألا أخبرُكُم بِخَيرِ النَّاسِ وشرِّ النَّاسِ ! إنَّ مِن خيرِ النَّاسِ: رجُلًا عملَ في سبيلِ اللَّهِ عزَّ وجلَّ علَى ظَهْرِ فرسِهِ - أو علَى ظَهْرِ بعيرِهِ، أو علَى قدميهِ - حتَّى يأتيَهُ الموتُ ، وإنَّ مِن شرِّ النَّاسِ: رجلًا فاجرًا جريئًا يقرأُ كتابَ اللَّهِ، لا يَرعوي إلى شيءٍ منهُ.

Teks Bahasa Melayu

Mahukah kalian aku khabarkan tentang manusia terbaik dan terburuk? Sesungguhnya antara manusia terbaik ialah seorang lelaki yang beramal di jalan Allah azza wajalla di belakang kudanya atau untanya atau kedua kakinya sehingga dia mati. Dan antara manusia terburuk ialah seorang lelaki pemaksiat yang jahat, berani yang membaca kitab Allah tidak memberi kesan langsung kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 990, hadis no. 5100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

5100-80- (ضعيف) عن أبي سعيد رضي الله عنه مرفوعا: ألا ‌أخبركم ‌بخير الناس وشر الناس! إن من خير الناس رجلاً عمل في سبيل الله عز وجل على ظهر فرسه أو على ظهر بعيره أو على قدميه حتى يأتيه الموت، وإن من شر الناس رجلاً فاجراً جريئاً يقرأ كتاب الله لا يرعوي إلى شيء منه. [حم، ك، ((الضعيفة)) (3373)]

(Lemah) Daripada Abu Saeid RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Mahukah kalian aku khabarkan tentang manusia terbaik dan terburuk? Sesungguhnya antara manusia terbaik ialah seorang lelaki yang beramal di jalan Allah azza wajalla di belakang kudanya atau untanya atau kedua kakinya sehingga dia mati. Dan antara manusia terburuk ialah seorang lelaki pemaksiat yang jahat, berani yang membaca kitab Allah tidak memberi kesan langsung kepadanya. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3373]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.