Mahukah kalian aku ceritakan kepada kalian tentang dermawan yang paling dermawan?

TEKS BAHASA ARAB

ألا أخبركم عن الأجود الأجود؟ الله الأجود الأجود، وأنا أجود ولد آدم، وأجودهم من بعدي رجل علم علما فنشر علمه، يبعث يوم القيامة أمة وحده، ورجل جاد بنفسه في سبيل الله حتى يقتل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mahukah kalian aku ceritakan kepada kalian tentang dermawan yang paling dermawan? Allah adalah dermawan yang paling dermawan. Manakala aku adalah anak Adam yang paling dermawan. Manakala yang paling dermawan daripada kalangan mereka (anak Adam) setelahku adalah orang yang diajarkan ilmu, lalu dia menyebarkan ilmunya. Dia akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai satu umat (meskipun dia) berseorangan. Begitu juga seseorang yang merelakan jiwanya (berjihad) pada jalan Allah sehingga dia terbunuh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 517, hadis nombor 2747. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «ألا أخبركم عن الأجود الأجود؟ الله الأجود الأجود، وأنا أجود ولد آدم، وأجودهم من بعدي رجل علم علما فنشر علمه، يبعث يوم القيامة أمة وحده، ورجل جاد بنفسه في سبيل الله حتى يقتل». [ع، الضياء المقدسي في «الأحاديث والحكايات»، عد، «الضعيفة»(5882)].

(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Mahukah kalian aku ceritakan kepada kalian tentang dermawan yang paling dermawan? Allah adalah dermawan yang paling dermawan. Manakala aku adalah anak Adam yang paling dermawan. Manakala yang paling dermawan daripada kalangan mereka (anak Adam) setelahku adalah orang yang diajarkan ilmu, lalu dia menyebarkan ilmunya. Dia akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai satu umat (meskipun dia) berseorangan. Begitu juga seseorang yang merelakan jiwanya (berjihad) pada jalan Allah sehingga dia terbunuh." [Riwayat Abu Ya'la dalam Musnadnya, al-Diya' al-Maqdisi dalam al-Ahadith wa al-Hikayat, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5882].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs