Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Mahukah kalian aku beritahu kalian tentang sesuatu

Teks Bahasa Arab

ألا نُحدِّثكم بما يُدخِلُكمُ الجنةَ ؟ ضربٌ بالسيفِ وطعامُ الضيفِ واهتمامٌ بمواقيتِ الصلاةِ وإسباغُ الطُّهورِ في الليلةِ القُرَّةِ وإطعامُ الطعامِ على حُبِّهِ.

Teks Bahasa Melayu

Mahukah kalian aku beritahu kalian tentang sesuatu yang bakal memasukkan kalian ke dalam syurga? (Perbuatan tersebut ialah) pukulan pedang (di jalan Allah), memberi makan kepada tetamu, cakna dengan waktu-waktu solat, tetap melebihkan basuhan dalam bersuci sekalipun ketika waktu kesejukan di malam hari, serta amalan memberi makan kepada orang-orang yang dia sukai.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1031, hadis no. 5286. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: قال - صلى الله عليه وسلم -: ألا نحدثكم بما يدخلكم الجنة؟ ضرب بالسيف، وطعام الضيف، واهتمام بمواقيت الصلاة، وإسباغ الطهور في الليلة القرة، وإطعام الطعام على حبه. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7134)]

(Sangat Munkar) Daripada Abu Hurairah RA (beliau) berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: Mahukah kalian aku beritahu kalian tentang sesuatu yang bakal memasukkan kalian ke dalam syurga? (Perbuatan tersebut ialah) pukulan pedang (di jalan Allah), memberi makan kepada tetamu, cakna dengan waktu-waktu solat, tetap melebihkan basuhan dalam bersuci sekalipun ketika waktu kesejukan di malam hari, serta amalan memberi makan kepada orang-orang yang dia sukai. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 7134]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.