Mahukah engkau aku tunjukkan ahli syurga yang paling mulia?

TEKS BAHASA ARAB

ألا ‌أدلكم ‌على ‌أشراف أهل الجنة؟ هم علماء أمتي؛ الكواكب زينة السماء، والعلماء زينة أمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mahukah engkau aku tunjukkan ahli syurga yang paling mulia? Mereka adalah ulama dari kalangan umatku. Bintang-bintang adalah perhiasan langit, manakala para ulama adalah perhiasan bagi umatku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 656, hadis nombor 3388. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((ألا ‌أدلكم ‌على ‌أشراف أهل الجنة؟ هم علماء أمتي؛ الكواكب زينة السماء، والعلماء زينة أمتي)). [السهمي في ((تاريخ الجرجان))، ((الضعيفة)) (2426)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Mahukah engkau aku tunjukkan ahli syurga yang paling mulia? Mereka adalah ulama dari kalangan umatku. Bintang-bintang adalah perhiasan langit, manakala para ulama adalah perhiasan bagi umatku.” [Riwayat al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2426]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs