Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Mahukah engkau aku beritahu berkenaan ciri seburuk-buruk manusia?

Teks Bahasa Arab

ألا أُنَبِّئُكَ بشرِّ الناسِ؟ من أَكَلَ وحدَهُ ومنعَ رِفْدَهُ وسافرَ وحدَهُ وضربَ عبدَه. ألا أُنَبِّئُكَ بشرٍّ من هذا؟ من يَبغضُ الناسَ فيبغضونهُ. ألا أُنَبِّئُكَ بشرٍّ من هذا؟ من يُخشَى شرُّه ولا يُرْجَى خيرُه، ألا أُنَبِّئُكَ بشرٍّ من هذا؟ من باعَ آخرتَه بدنيا غيرِه. ألا أُنَبِّئُكَ بشرٍّ من هذا؟ من أَكَلَ الدنيا بالدِّينِ.

Teks Bahasa Melayu

Mahukah engkau aku beritahu berkenaan ciri seburuk-buruk manusia? (Mereka itu ialah) orang yang makan (nikmat) seorang diri, menghalang dirinya daripada bersedekah, berpergian seorang diri, dan orang yang memukul hambanya. Mahukah aku beritahu engkau tentang manusia yang lebih buruk daripada orang ini? (Orang itu ialah) orang yang membenci manusia, dan manusia pun membencinya. Mahukah aku beritahu engkau tentang manusia yang lebih berbanding orang ini? (Orang itu ialah) orang yang ditakuti perbuatan buruknya, dan tidak langsung diharapkan sebarang kebaikan dari dirinya. Mahukah aku beritahu engkau tentang orang yang lebih buruk berbanding orang ini? (Orang itu ialah) orang yang menjual akhiratnya untuk kepentingan duniawi orang lain. Mahukah aku beritahu engkau tentang orang yang lebih buruk berbanding ini? (Orang itu ialah) orang yang menggunakan agama untuk keuntungan duniawi.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1030, hadis no. 5285. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه -، قال: إن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال لعلي بن أبي طالب: ((ألا أنبئك بشر الناس؟ من أكل وحده ومنع رفده، وسافر وحده، وضرب عبده. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من يبغض الناس فيبغضونه. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من يخشى شره، ولا يرجى خيره. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من باع آخرته بدنيا غيره. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من أكل الدنيا بالدين)). [ابن عساكر، ((الضعيفة (7135)].

(Munkar) Daripada Mu’adh bin Jabal RA (beliau) berkata: Nabi SAW pernah bersabda kepada ‘Ali bin Abi Talib RA: “Mahukah engkau aku beritahu berkenaan ciri seburuk-buruk manusia? (Mereka itu ialah) orang yang makan (nikmat) seorang diri, menghalang dirinya daripada bersedekah, berpergian seorang diri, dan orang yang memukul hambanya. Mahukah aku beritahu engkau tentang manusia yang lebih buruk daripada orang ini? (Orang itu ialah) orang yang membenci manusia, dan manusia pun membencinya. Mahukah aku beritahu engkau tentang manusia yang lebih berbanding orang ini? (Orang itu ialah) orang yang ditakuti perbuatan buruknya, dan tidak langsung diharapkan sebarang kebaikan dari dirinya. Mahukah aku beritahu engkau tentang orang yang lebih buruk berbanding orang ini? (Orang itu ialah) orang yang menjual akhiratnya untuk kepentingan duniawi orang lain. Mahukah aku beritahu engkau tentang orang yang lebih buruk berbanding ini? (Orang itu ialah) orang yang menggunakan agama untuk keuntungan duniawi.”. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 7135]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.