Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ألا أدلُّكَ على أكرمِ أخلاقِ الدنيا والآخرةِ ؟ أنْ تَصِلَ من قطعكَ وأن تُعطيَ من حَرَمَكَ وأن تعفوَ عمَّن ظَلَمَكَ.
Teks Bahasa Melayu
Mahukah aku tunjukkan kepada tentang semulia-mulia akhlak di dunia dan juga di akhirat ? Iaitu kamu menghubungkan (silaturahim) kepada mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu, kamu memberi kepada mereka yang menghalang pemberiannya kepada kamu, dan kamu memaafkan mereka yang menzalimi kamu.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 155 - 156, hadis no. 774. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي رضي الله عنه -، قال: قال لي النبي صلى الله عليه وسلم: ((ألا أدلك على أكرم أخلاق الدنيا والآخرة؟ أن تصل من قطعك، وأن تعطي من حرمك، وأن تعفو عمن ظلمك)). [طس، عق، ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (6660)]
(Daif) Daripada Ali RA berkata: Nabi ﷺ telah bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan kepada tentang semulia-mulia akhlak di dunia dan juga di akhirat ? Iaitu kamu menghubungkan (silaturahim) kepada mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu, kamu memberi kepada mereka yang menghalang pemberiannya kepada kamu, dan kamu memaafkan mereka yang menzalimi kamu”. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsath, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir dan Ibn Hibban dalam al-Thiqāt. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6660]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman