Mahukah aku tunjukkan kepada kamu semulia-mulia akhlak di dunia dan juga di akhirat?

TEKS BAHASA ARAB

ألا أدلك على أكرم أخلاق الدنيا والآخرة؟ أن تصل من قطعك، وأن تعطي من حرمك، وأن تعفو عمن ظلمك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mahukah aku tunjukkan kepada kamu semulia-mulia akhlak di dunia dan juga di akhirat? Iaitu kamu menghubungkan (silaturrahim) kepada mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu, kamu memberi kepada mereka yang menghalang pemberiannya kepada kamu, dan kamu memaafkan mereka yang menzalimi kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 155 hadis nombor 774. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن علي رضي الله عنه، قال: قال لي النبي صلى الله عليه وسلم: ألا أدلك على أكرم أخلاق الدنيا والآخرة؟ أن تصل من قطعك، وأن تعطي من حرمك، وأن تعفو عمن ظلمك.
[طس، عق، ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (6660)]

(Lemah)
Daripada Ali RA berkata: Nabi ﷺ telah bersabda kepadaku: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu semulia-mulia akhlak di dunia dan juga di akhirat? Iaitu kamu menghubungkan (silaturrahim) kepada mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu, kamu memberi kepada mereka yang menghalang pemberiannya kepada kamu, dan kamu memaafkan mereka yang menzalimi kamu.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsath, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir dan Ibn Hibban dalam al-Thiqāt. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6660]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs