Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seburuk-buruk manusia?

TEKS BAHASA ARAB

ألا أنبئك بشر الناس؟ من أكل وحده، ومنع رفده، وسافر وحده، وضرب عبده. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من يبغض الناس فيبغضونه. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من يخشى شره، ولا يرجى خيره، ألا أنبئك بشر من هذا؟ من باع آخرته بدنيا غيره. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من أكل الدنيا بالدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seburuk-buruk manusia? Iaitu mereka yang makan secara bersendirian, menghalang pemberiannya, bermusafir seorang diri, dan memukul hambanya. Mahukah aku beritahu kepada kamu mereka yang lebih teruk daripada ini? Iaitu seseorang yang membenci orang ramai lalu mereka pun membencinya. Mahukah aku beritahu kamu tentang mereka yang lebih teruk daripada ini? Iaitu seseorang yang ditakuti kejahatannya dan tidak diharapkan kebaikannya. Mahukah aku beritahu kepada kamu mereka yang lebih teruk daripada ini? Iaitu seseorang yang menjual akhiratnya dengan dunia orang lain. Mahukah aku beritahu kepada kamu mereka yang lebih teruk daripada ini? Iaitu seseorang mencari makan di dunia dengan menggunakan agama.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 156 hadis nombor 775. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن معاذ بن جبال رضي الله عنه، قال: إن النبي صلى الله عليه وسلم قال لعلي بن أبي طالب: ألا أنبئك بشر الناس؟ من أكل وحده، ومنع رفده، وسافر وحده، وضرب عبده. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من يبغض الناس فيبغضونه. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من يخشى شره، ولا يرجى خيره، ألا أنبئك بشر من هذا؟ من باع آخرته بدنيا غيره. ألا أنبئك بشر من هذا؟ من أكل الدنيا بالدين.
[ابمن عساكر، ((الضعيفة)) (7135)]

(Munkar)
Daripada Muaz bin Jabal RA berkata: Sesungguhnya Nabi ﷺ telah bersabda kepada Ali bin Abu Talib: Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seburuk-buruk manusia? Iaitu mereka yang makan secara bersendirian, menghalang pemberiannya, bermusafir seorang diri, dan memukul hambanya. Mahukah aku beritahu kepada kamu mereka yang lebih teruk daripada ini? Iaitu seseorang yang membenci orang ramai lalu mereka pun membencinya. Mahukah aku beritahu kamu tentang mereka yang lebih teruk daripada ini? Iaitu seseorang yang ditakuti kejahatannya dan tidak diharapkan kebaikannya. Mahukah aku beritahu kepada kamu mereka yang lebih teruk daripada ini? Iaitu seseorang yang menjual akhiratnya dengan dunia orang lain. Mahukah aku beritahu kepada kamu mereka yang lebih teruk daripada ini? Iaitu seseorang mencari makan di dunia dengan menggunakan agama.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 7135]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs