TEKS BAHASA ARAB
ألا أخبركم عن الأجود الأجود؟ الله الأجود الأجود وأنا أجود ولد آدم وأجودهم من بعدي رجل علم علما فنشر علمه يبعث يوم القيامة أمة وحده ورجل جاد بنفسه في سبيل الله حتى يقتل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mahukah aku beritahu kalian berkenaan yang paling pemurah? Allah adalahYang Maha Pemurah, dan saya adalah manusia yang paling pemurah. Manusia yang paling pemurah selepas saya adalah seorang lelaki yang diberikan ilmu, kemudian dia menyebarkan ilmunya. Dia akan dibangitkan sebagai satu umat, dan juga seorang lelaki yang berjihad dengan dirinya di jalan Allah, sehingga dia meninggal dunia.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1074, hadis nombor 5473. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا أخبركم عن الأجود الأجود؟ الله الأجود الأجود وأنا أجود ولد آدم، وأجودهم من بعدي رجل علم علمًا فنشر علمه يبعث يوم القيامة أمة وحده ورجل جاد بنفسه في سبيل الله حتى يقتل. [ع، عد، الضعيفة (5882)]
(Palsu): Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Mahukah aku beritahu kalian berkenaan yang paling pemurah? Allah adalahYang Maha Pemurah, dan saya adalah manusia yang paling pemurah. Manusia yang paling pemurah selepas saya adalah seorang lelaki yang diberikan ilmu, kemudian dia menyebarkan ilmunya. Dia akan dibangitkan sebagai satu umat, dan juga seorang lelaki yang berjihad dengan dirinya di jalan Allah, sehingga dia meninggal dunia. [Riwayat Abu Ya‘la dalam al-Musnad dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5882]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.