Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَلَا أَهَبُ لَكَ؟! أَلَا أُبَشِّرُكَ؟! أَلَا أَمْنَحُكَ؟! أَلَا أُتْحِفُكَ؟! قَالَ: نَعَمْ يَا رَسُولَ اللهِ! قَالَ: تُصَلِّي أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ، تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِـ(الْحَمْدُ) وَسُورَةٍ، ثُمَّ تَقُولُ بَعْدَ الْقِرَاءَةِ - وَأَنْتَ قَائِمٌ قَبْلَ الرُّكُوعِ -: سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ، خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَةً، ثُمَّ تَرْكَعُ، فَتَقُولُهُنَّ عَشْرًا تَمَامَ هَذِهِ الرَّكْعَةِ قَبْلَ أَنْ تَبْتَدِئَ بِالرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ، تَفْعَلُ فِي الثَّلَاثِ رَكْعَاتٍ كَمَا وَصَفْتُ لَكَ؛ حَتَّى تَتِمَّ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ.
Teks Bahasa Melayu
“Mahukah aku anugerahkan buatmu?! Mahukah aku gembirakanmu?! Mahukah aku berikan kepadamu?! Mahukah aku hadiahkan untukmu?!” Dia menjawab, “Ya, wahai Rasulullah!” Baginda menjawab: “Kamu solat empat rakaat, kamu baca surah al-hamdu (al-Fatihah) dan sebuah surah pada setiap rakaat. Kemudian kamu ucapkanlah selepas bacaan itu dalam keadaan kamu berdiri sebelum rukuk: Subhanallah, wal-hamdu lillah, wa la ilaaha illa Allah, wa Allahu akbar, wa laa hawla wa laa quwwata illaa billah, lima belas kali. Kemudian kamu rukuk, lalu kamu ucapkan ia sepuluh kali apabila selesai rakaat ini sebelum kamu mulakan dengan rakaat kedua. Kamu lakukan pada tiga rakaat (yang berbaki) seperti yang aku jelaskan kepadamu sehingga kamu sempurnakan empat rakaat.”
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 304-305, hadis no. 1609. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu dengan konteks ini) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata (Rasulullah ﷺ bersabda): “Mahukah aku anugerahkan buatmu?! Mahukah aku gembirakanmu?! Mahukah aku berikan kepadamu?! Mahukah aku hadiahkan untukmu?!” Dia menjawab, “Ya, wahai Rasulullah!” Baginda menjawab: “Kamu solat empat rakaat, kamu baca surah al-hamdu (al-Fatihah) dan sebuah surah pada setiap rakaat. Kemudian kamu ucapkanlah selepas bacaan itu dalam keadaan kamu berdiri sebelum rukuk: Subhanallah, wal-hamdu lillah, wa la ilaaha illa Allah, wa Allahu akbar, wa laa hawla wa laa quwwata illaa billah, lima belas kali. Kemudian kamu rukuk, lalu kamu ucapkan ia sepuluh kali apabila selesai rakaat ini sebelum kamu mulakan dengan rakaat kedua. Kamu lakukan pada tiga rakaat (yang berbaki) seperti yang aku jelaskan kepadamu sehingga kamu sempurnakan empat rakaat.” [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5066].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman