Mahdi memerintah selama 20 tahun

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

المهدي رجل من ولدي، وجهه كالكوكب الدري، اللون لون عربي، والجسم جسم إسرائيلي، يملأ الأرض عدلاً كما ملئت جورا، يرضى خلافته أهل السماء وأهل الأرض والطير في الجو، يملك عشرين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mahdi adalah seorang lelaki daripada keturunanku, wajahnya seperti bintang yang bersinar, warna kulitnya seperti warna orang Arab, tubuhnya pula seperti tubuh Bani Isra’il, dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana bumi telah dipenuhi dengan kezaliman. Penduduk langit dan bumi serta burung-burung di udara menyukai khilafahnya. Beliau memerintah selama 20 tahun.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1346, hadis nombor 6881. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن حذيفة رضي الله عنه رفعه: المهدي رجل من ولدي، وجهه كالكوكب الدري، اللون لون عربي، والجسم جسم إسرائيلي، يملأ الأرض عدلا كما ملئت جورا، يرضى خلافته أهل السماء وأهل الأرض والطير في الجو، يملك عشرين سنة.
[فر، ((الضعيفة)) (4684)]

(Batil)
Daripada Huzaifah RA, beliau meriwayatkannya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mahdi adalah seorang lelaki daripada keturunanku, wajahnya seperti bintang yang bersinar, warna kulitnya seperti warna orang Arab, tubuhnya pula seperti tubuh Bani Isra’il, dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana bumi telah dipenuhi dengan kezaliman. Penduduk langit dan bumi serta burung-burung di udara menyukai khilafahnya. Beliau memerintah selama 20 tahun.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4684]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.