Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المهديُّ رجلٌ من ولدي، وجهُه كالكوكبِ الدُّرِّيِّ، اللونُ لونٌ عربيٌّ، والجسمُ جسمٌ إسرائيليٌّ، يملأُ الأرضَ عَدْلًا كما مُلِئَتْ جَوْرًا، يَرْضَى خلافتَه أهلُ السماءِ وأهلُ الأرضِ والطيرُ في الجَوِّ، يَمْلِكُ عشرين سنةً.
Teks Bahasa Melayu
Mahdi adalah seorang lelaki daripada keturunanku, wajahnya seperti bintang yang bersinar, warna kulitnya seperti warna orang Arab, tubuhnya pula seperti tubuh Bani Isra'il, dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana bumi telah dipenuhi dengan kezaliman. Penduduk langit dan bumi serta burung-burung di udara menyukai khilafahnya. Beliau memerintah selama 20 tahun.
Sahabat Perawi
- Huzaifah bin al-Yaman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1346, hadis no. 6881. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن حذيفة رضي الله عنه رفعه: المهدي رجل من ولدي، وجهه كالكوكب الدري، اللون لون عربي، والجسم جسم إسرائيلي، يملأ الأرض عدلا كما ملئت جورا، يرضى خلافته أهل السماء وأهل الأرض والطير في الجو، يملك عشرين سنة. [فر، ((الضعيفة)) (4684)]
(Batil) Daripada Huzaifah RA, beliau meriwayatkannya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Mahdi adalah seorang lelaki daripada keturunanku, wajahnya seperti bintang yang bersinar, warna kulitnya seperti warna orang Arab, tubuhnya pula seperti tubuh Bani Isra'il, dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana bumi telah dipenuhi dengan kezaliman. Penduduk langit dan bumi serta burung-burung di udara menyukai khilafahnya. Beliau memerintah selama 20 tahun. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4684]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman