Mahal dan murah adalah tentera daripada tentera-tentera Allah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الغلاء والرخص جند من جنود الله اسم أحدهما الرغبة والآخر الرهبة فإذا أراد الله أن يغليه قذف في قلوب التجار الرهبة فأخرجوا ما في أيديهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Mahal dan murah adalah tentera daripada tentera-tentera Allah. Nama salah satunya adalah al-Raghbah dan satu lagi ialah al-Rahbah. Maka apabila Allah hendak menjadikannya mahal, Allah akan mencampakkan pada jantung hati para peniaga al-Rahbah, lalu mereka mengeluarkan apa yang di tangan-tangan mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 143, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن أنس مرفوعا وفي إسناده: العباس بن بكار الضبي قال العقيلي: الغالب على حديثه الوهم والمناكير. قال في اللآلىء: أخرجه الخطيب من وجه آخر.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Anas bin Malik secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) sedangkan pada sanadnya terdapat al-Abbas bin Bakkar al-Dabbi. Al-Uqaili berkata: Kebiasaan pada hadithnya terdapat kekeliruan dan riwayat-riwayat munkar.Al-Suyuthi meriwayatkan dalam al-La’ali: al-Khatib meriwayatkan daripada bentuk yang lain.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs