Maha Suci Allah wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati…Bertahanlah dengan isterimu

TEKS BAHASA ARAB

سبحان الله، مقلب القلوب…أمسك عليك زوجك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Maha Suci Allah wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati…Bertahanlah dengan isterimu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1587, hadis nombor 8022. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جداً) عن الشعبي: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رأى زينب بنت جحش، فقال: ((سبحان الله، مقلب القلوب.)) فقال زيد بن حارثة: ألا أطلقها يا رسول الله؟ فقال: ((أمسك عليك زوجك.)) فأنزل الله عز وجل: وإذ تقول للذي أنعم الله عليه وأنعمت عليه "أمسك عليك زوجك" [الأحزاب: 37] الآية. [عد، ((الضعيفة)) (6848)].

(Sangat Munkar)
Daripada al-Sha’bi bahawa Rasulullah SAW melihat Zainab Binti Jahsh lalu Baginda berkata: ((Maha Suci Allah wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati.)) Lalu Zaid Bin Harithah berkata: Adakah perlu aku menceraikannya wahai Rasulullah? Lalu Nabi SAW menjawab: ((Bertahanlah dengan isterimu/Jangan ceraikan isterimu)) Maka Allah Azza wa Jalla, firman Allah SWT: (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya (yakni Zaid): "Jangan ceraikan isterimu." [al-Ahzab: 37 sehingga akhir ayat].
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6848)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs