Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
-سبحانَ اللهِ مقلبَ القلوبِ... أَمْسِكْ عَلَيْكَ زَوْجَكَ.
Teks Bahasa Melayu
Maha Suci Allah wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati...Bertahanlah dengan isterimu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1587, hadis no. 8022. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Munkar) Daripada al-Sha’bi bahawa Rasulullah SAW melihat Zainab Binti Jahsh lalu Baginda berkata: ((Maha Suci Allah wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati.)) Lalu Zaid Bin Harithah berkata: Adakah perlu aku menceraikannya wahai Rasulullah? Lalu Nabi SAW menjawab: ((Bertahanlah dengan isterimu/Jangan ceraikan isterimu)) Maka Allah Azza wa Jalla, firman Allah SWT: (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya (yakni Zaid): "Jangan ceraikan isterimu." [al-Ahzab: 37 sehingga akhir ayat]. [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6848)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman