Maha Suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Mu

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم إذا رفع رأسه إلى سقف البيت؛ قال: سبحانك اللهم وبحمدك، أستغفرك وأتوب إليك. قالت عائشة: فسألته عنهن؟ فقال: أمرت بهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Rasulullah SAW mengangkat kepala baginda ke arah bumbung rumah, baginda akan berkata: “Maha Suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Mu, aku memohon keampunan daripada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.” Lalu Aishah berkata: Aku bertanya mengenai ucapan itu (kepada baginda). Maka Nabi SAW menjawab: Aku diperintahkan dengannya (yakni untuk melakukan sedemikian itu).”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1558, hadis nombor 7893. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: كان صلى الله عليه وسلم إذا رَفَعَ رأسَه إلى سَقْفِ البيتِ، قال: ((سبحانك اللهم وبِحَمْدِك، أستَغْفِرُك وأتوبُ إليك. قالتْ عائشةُ: فسألتُه عنهن؟ فقال: أُمِرْتُ بهن)) [طس، ((الضعيفة)) (6322)]

(Munkar)
Daripada Aishah RA, beliau berkata apabila Rasulullah SAW mengangkat kepala baginda ke arah bumbung rumah, baginda akan berkata: “Maha Suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Mu, aku memohon keampunan daripada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.” Lalu Aishah berkata: Aku bertanya mengenai ucapan itu (kepada baginda). Maka Nabi SAW menjawab: Aku diperintahkan dengannya (yakni untuk melakukan sedemikian itu).”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6322]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs