Maha Berkat (Tuhan) yang memalingkan hati

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تبارك مصرف القلوب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Maha Berkat (Tuhan) yang memalingkan hati.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 470, hadis nombor 2520. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكر بن سليمان بن أبي حثمة أن رسول الله ﷺ جاء بيت زيد بن حارثة فاستأذن، فأذنت له زينب ولا خمار عليها، فألقت كم درعها عن رأسها، فسألها عن زيد، فقالت: ذهب قريبا يا رسول الله! قالت: فقام رسول الله ﷺ وله همهمة، قالت: فاتبعته فسمعته يقول: «تبارك مصرف القلوب». فما زال يقولها حتى تغيب. [ابن منده، «الضعيفة» (3390)].

(Lemah) Daripada Abū Bakr bin Sulaymān bin Abū Ḥathmah, bahawa Rasulullah ﷺ telah datang ke rumah Zayd bin Ḥārithah lalu baginda meminta keizinan. Maka Zaynab memberikan keizinan kepada baginda sedangkan beliau tidak memakai tudung, maka beliau telah meletakkan kain lengan bajunya di atas kepalanya. Lalu baginda bertanya kepada beliau tentang Zayd. Zaynab pun berkata: “Beliau baru sahaja berangkat pergi wahai Rasulullah.” Zaynab berkata: “Maka Rasulullah ﷺ berdiri sambil terkumat-kamit.” Zaynab berkata: “Aku telah mengekori baginda ﷺ dan mendengarnya bersabda: “Maha Berkat (Tuhan) yang memalingkan hati.” Baginda berterusan menyebutnya sehingga Zaynab menghilangkan diri. [Riwayat Ibn Mandah dalam al-Ma’rifah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3390].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.