Maafkanlah mereka, sekiranya kamu hendak menghukum mereka maka berikanlah hukuman mengikut kadar kesalahan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تعفو، فإن عاقبت فعاقب بقدر الذنب، واتق الوجه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Maafkanlah mereka, sekiranya kamu hendak menghukum mereka maka berikanlah hukuman mengikut kadar kesalahan, dan jauhilah bahagian muka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 43, hadis nombor 167. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاوية بن صالح أن أسد بن وداعة حدثه: أن رجلا يقال له : جزي – رضي الله عنه – أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله! إن أهلي يغضبني، فبم أعاقبهم؟ فقال: ((تعفو، فإن عاقبت فعاقب بقدر الذنب، واتق الوجه)).
[طب، ((الضعيفة)) (2850)]

(Lemah) Daripada Mu‘āwiyah ibn Ṣāliḥ bahawa Asad ibn Wadā‘ah telah menceritakan kepadanya: Sesungguhnya seorang lelaki yang disebut Juzzī RA telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ahli keluargaku marah kepadaku, dengan apakah patut aku menghukum mereka? Lalu Baginda SAW telah menjawab: ‘’Maafkanlah mereka, sekiranya kamu hendak menghukum mereka maka berikanlah hukuman mengikut kadar kesalahan, dan jauhilah bahagian muka.’’
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2850]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.