Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Maafkanlah dosa orang dermawan

Teks Bahasa Arab

تَجاوَزُوا عنْ ذَنْبِ السَّخِيِّ وزَلَّةِ العالِمِ وَسَطْوَةِ السُّلْطانِ العادِلِ فإنَّ الله تَعَالَى آخِذٌ بِيَدِهِمْ كُلَّما عَثُرَ عاثِرٌ مِنْهُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Maafkanlah dosa orang dermawan, kesilapan orang alim dan kekerasan penguasa yang adil kerana Allah memegang tangan setiap yang tergelincir daripada mereka setiap kali mereka tergelincir.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 27, hadis no. 123. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini dusta, seakan-akan ia diambil daripada hadith: "Maafkanlah dosa orang yang dermawan kerana Allah memegang tangannya setiap kali dia tergelincir". Ibn al-Jawzi turut menyebutkannya dalam al-Mawdhu'at, namun hadith tersebut mempunyai sanad yang berbagai, lalu para perawi pendusta mengambil hadith tersebut dan menambah di dalamnya: "Kesilapan orang alim dan kekerasan penguasa".

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.