Maafkanlah dosa dermawan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: تجاوزوا عن ذنب السخي فإن الله أخذ بيده كلما عثر.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Maafkanlah dosa dermawan, sesungguhnya Allah mengambil dengan tanganNya setiap kali dosa itu jatuh.


STATUS

Sanadnya lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 80, hadis nombor 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الدارقطني عن ابن مسعود مرفوعا.
وقال: إن عبد الرحيم بن حماد البصري تفرد به عن الأعمش وكان يحدث عنه بما ليس من حديثه.
قال في اللآلىء: أخرجه البيهقي من هذه الطريق وقال: هذا إسناد ضعيف.
وقد أخرجه الطبراني من غير طريقه.
ورواه ابن عساكر من حديث أبي هريرة والخطيب من حديث ابن عباس.

Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) beliau berkata: Abdul Rahim bin Hammad al-Basori bersendirian meriwayatkan daripada al-A’masy dan Abdul Rahim meriwayatkan apa yang bukan dari hadith al-A’masy.

Al-Suyuthi berkata di dalam al-La’ali: al-Baihaqi meriwayatkan daripada jalan ini, pada sanadnya terdapat perawi daif.

Al-Tabarani meriwayatkan dari jalan periwayatan yang lain.

Ibn Asakir meriwayatkan daripada Hadith Abu Hurairah dan al-Khatib meriwayatkan daripada hadith Ibn Abbas.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs