Luruskanlah saf dan hendaklah yang terbaik dalam kalangan kalian terkedepan dalam solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اصطفوا، وليتقدمكم في الصلاة أفضلكم، فإن الله يصطفي من الملائكة ومن الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Luruskanlah saf dan hendaklah yang terbaik dalam kalangan kalian terkedepan dalam solat. Kerana sesungguhnya Allah melakukan pemilihan dalam kalangan malaikat dan dalam kalangan manusia.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 366, hadis nombor 1952. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن واثلة بن الأسقع، قال: قال ﷺ: «اصطفوا، وليتقدمكم في الصلاة أفضلكم، فإن الله عز وجل يصطفي من الملائكة ومن الناس». [طب، وفي «مسند الشاميين» أيضا، «الضعيفة» (7017)].

(Sangat Lemah) Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Luruskanlah saf dan hendaklah yang terbaik dalam kalangan kalian terkedepan dalam solat. Kerana sesungguhnya Allah melakukan pemilihan dalam kalangan malaikat dan dalam kalangan manusia". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan dalam Musnad al-Shamiyyin juga. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7017].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.