Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اصطفُّوا، وليتقدَّمكم في الصَّلاةِ أفضلُكُم، فإنَّ اللَّهَ يصطَفي منَ الملائِكَةِ ومنَ النَّاسِ.
Teks Bahasa Melayu
Luruskanlah saf dan hendaklah yang terbaik dalam kalangan kalian terkedepan dalam solat. Kerana sesungguhnya Allah melakukan pemilihan dalam kalangan malaikat dan dalam kalangan manusia.
Sahabat Perawi
- Wathilah bin al-Asqa’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 366, hadis no. 1952. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن واثلة بن الأسقع، قال: قال ﷺ: «اصطفوا، وليتقدمكم في الصلاة أفضلكم، فإن الله عز وجل يصطفي من الملائكة ومن الناس». [طب، وفي «مسند الشاميين» أيضا، «الضعيفة» (7017)].
(Terlalu Daif) Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Luruskanlah saf dan hendaklah yang terbaik dalam kalangan kalian terkedepan dalam solat. Kerana sesungguhnya Allah melakukan pemilihan dalam kalangan malaikat dan dalam kalangan manusia". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan dalam Musnad al-Shamiyyin juga. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7017].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman