Classification icon

Tiada Asal Baginya

30/06/2024

minit bacaan



Luasnya bumi dan langit tidak mencukupiku

Teks Bahasa Arab

ما وسعني أرضي ولا سمائي، ووسعني قلب عبدي المؤمن، النقي التقي الوادع اللين.

Teks Bahasa Melayu

Luasnya bumi dan langit tidak mencukupiku, tetapi cukup bagiku hati hamba-Ku yang beriman, yang bersih, yang bertaqwa, yang pasrah (urusannya kepada-Ku), yang lembut.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Tiada Asal Baginya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 509, hadis no. 2709.

(لا أصل له): «ما وسعني أرضي ولا سائي، ووسعني قلب عبدي المؤمن، النقي التقي الوادع اللين». [الضعيفة، (5103)]

(Tidak ada asalnya) Luasnya bumi dan langit tidak mencukupiku, tetapi cukup bagiku hati hamba-Ku yang beriman, yang bersih, yang bertaqwa, yang pasrah (urusannya kepada-Ku), yang lembut. [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no 5103]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.