Liwat pada Kaum Lut (berlaku) pada wanita sebelum ia berlaku pada lelaki selepas 40 tahun

TEKS BAHASA ARAB

كان اللواط في قوم لوط في النساء قبل أن تكون في الرجال بأربعين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Liwat pada Kaum Lut (berlaku) pada wanita sebelum ia berlaku pada lelaki selepas 40 tahun.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 824, hadis nombor 4236. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي صخرة، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((كان اللواط في قوم لوط في النساء قبل أن تكون في الرجال بأربعين سنة)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6918)]

(Munkar) Daripada Abi Sakhrah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Liwat pada Kaum Lut (berlaku) pada wanita sebelum ia berlaku pada lelaki selepas 40 tahun.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6918]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs