Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان اللّواطُ في قَومِ لُوطٍ في النِّساءِ قَبْلَ أنْ يَكونَ في الرِّجالِ بأَربعينَ سَنَةً..
Teks Bahasa Melayu
Liwat pada Kaum Lut (berlaku) pada wanita sebelum ia berlaku pada lelaki selepas 40 tahun.
Sahabat Perawi
- Abi Sakhrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 824, hadis no. 4236. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي صخرة، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((كان اللواط في قوم لوط في النساء قبل أن تكون في الرجال بأربعين سنة)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6918)]
(Munkar) Daripada Abi Sakhrah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Liwat pada Kaum Lut (berlaku) pada wanita sebelum ia berlaku pada lelaki selepas 40 tahun. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6918]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman