Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أطْوُوا ثِيابَكُمْ تَرْجِعْ إلَيْها أرْوَاحُها فإنّ الشَّيْطانَ إذَا وَجَدَ ثَوْباً مَطْوِياً لمْ يَلْبَسْهُ وإنْ وَجَدَهُ مَنْشُوراً لَبِسَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Lipatlah pakaian kamu, ruh-ruhnya akan kembali kepadanya. Ini kerana, sesungguhnya syaitan itu apabila dia mendapati adanya pakaian yang telah dilipat, maka syaitan tidak akan memakainya. Namun, jika syaitan mendapati ada pakaian yang terbiar, syaitan akan memakainya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 18, hadis no. 74. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat perawi pemalsu hadith. Nabi SAW sendiri kebiasaannya tidak melipat baju Baginda, bahkan Baginda meletakkannya di tempat gantung baju. Saya telah membaca dalam al-Mujalasah oleh al-Dinawari daripada al-Thawri bahawa beliau berkata: Telah sampai berita kepadaku bahawa pakaian itu apabila dilipatkan, maka airnya akan kembali kepadanya dan beliau selalu melakukannya. Oleh itu, inilah asal bagi kalam tersebut, para pereka hadith mengambilnya lalu meriwayatkannya secara marfu' kepada Nabi SAW.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman