Lindungilah hartamu dengan zakat

TEKS BAHASA ARAB

حصنوا أموالكم بالزكاة، وداووا مرضاكم بالصدقة، وأعدوا للبلاء الدعاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lindungilah hartamu dengan zakat, dan ubatilah orang yang sakit dari kalangan kamu dengan sedekah, dan bersedialah menghadapi ujian dengan doa.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 877 – 878, hadis nombor 4496. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((حصنوا أموالكم بالزكاة، وداووا مرضاكم بالصدقة، وأعدوا للبلاء الدعاء)). [طب، النرسي في ((فوائد الكوفيين))، حل، خط، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (3492)].

(Sangat lemah)
Daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Lindungilah hartamu dengan zakat, dan ubatilah orang yang sakit dari kalangan kamu dengan sedekah, dan bersedialah menghadapi ujian dengan doa.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Nursi dalam Fawaid al-Kufiyyin, Abu Nuaim dalam al-Hilyah al-Awliya’, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Qudhai dalam Musnad Syihab dan Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal al-Mutanahiah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3492].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs