Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حصِّنوا أموالَكُم بالزكاةِ، وداوُوا مرضاكَم بالصدقةِ، وأعِدُّوا للبلاءِ الدعاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Lindungilah hartamu dengan zakat, dan ubatilah orang yang sakit dari kalangan kamu dengan sedekah, dan bersedialah menghadapi ujian dengan doa.
Sahabat Perawi
- Ibn Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 877 - 878, hadis no. 4496. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((حصنوا أموالكم بالزكاة، وداووا مرضاكم بالصدقة، وأعدوا للبلاء الدعاء)). [طب، النرسي في ((فوائد الكوفيين))، حل، خط، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (3492)].
(Sangat lemah) Daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Lindungilah hartamu dengan zakat, dan ubatilah orang yang sakit dari kalangan kamu dengan sedekah, dan bersedialah menghadapi ujian dengan doa.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Nursi dalam Fawaid al-Kufiyyin, Abu Nuaim dalam al-Hilyah al-Awliya’, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Qudhai dalam Musnad Syihab dan Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal al-Mutanahiah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3492].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman