TEKS BAHASA ARAB
خمس من الإيمان؛ من لم يكن فيه شيء منهن فلا إيمان له: التسليم لأمر الله، والرضا بقضاء الله، والتفويض إلى أمر الله، والتوكل على الله، والصبر عند الصدمة الأولى. ولم يطعم امرؤ حقيقة الإسلام حتى يأمنه الناس على دمائهم وأموالهم، قال قائل: يا رسول الله! أي الإسلام أفضل؟ قال: من سلم المسلمون من لسانه ويده، وعلامات كمنار الطريق: شهادة أن لا إله إلا الله، وإقام الصلاة، وإيتاء الزكاة، والحكم بكتاب الله، وإطاعة النبي الأمي، والتسليم على بني آدم إذا لقيتموهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Terdapat lima tanda-tanda keimanan. Barangsiapa yang tiada padanya satu daripada tanda ini, maka tiada iman dalam dirinya: Tunduk kepada perintah Allah, reda dengan ketentuan Allah, menyerahkan setiap urusan kepada Allah, bertawakal kepada Allah, dan bersabar ketika mendapat kejutan pertama (bagi ujian yang datang dengan tiba-tiba atau bagi permulaan ditimpa ujian). Dan seseorang individu itu tidak dikira memahami hakikat Islam sehinggalah dia menyelamatkan nyawa dan harta orang lain, seseorang bertanya: Wahai Rasulullah! Islam bagaimanakah yang lebih baik? Baginda bersabda: ‘Sesiapa yang terselamat saudara se-Islamnya daripada lidah dan tangannya. (Selain itu), terdapatnya tanda-tanda keimanan yang jelas sebagaimana rumah api (yang mana cahaya daripada rumah api memberi petunjuk untuk pelaut); iaitu kesaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, membuat keputusan berpandukan kitab Allah, mentaati Nabi yang Ummiy (buta huruf), dan memberi salam sesama anak-anak Adam apabila kamu bertemu dengan mereka.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 472, hadis nombor 2533. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما- عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((خمس من الإيمان؛ من لم يكن فيه شيء منهن فلا إيمان له: التسليم لأمر الله، والرضا بقضاء الله، والتفويض إلى أمر الله، والتوكل على الله، والصبر عند الصدمة الأولى. ولم يطعم امرؤ حقيقة الإسلام حتى يأمنه الناس على دمائهم وأموالهم، قال قائل: يا رسول الله! أي الإسلام أفضل؟ قال: من سلم المسلمون من لسانه ويده، وعلامات كمنار الطريق: شهادة أن لا إله إلا الله، وإقام الصلاة، وإيتاء الزكاة، والحكم بكتاب الله، وإطاعة النبي الأمي، والتسليم على بني آدم إذا لقيتموهم)). [البزار، ((الضعيفة)) (3552)]
(Sangat Lemah)
Daripada Ibnu ‘Umar RA: Bahawa Nabi SAW bersabda: Terdapat lima tanda-tanda keimanan. Barangsiapa yang tiada padanya satu daripada tanda ini, maka tiada iman dalam dirinya: Tunduk kepada perintah Allah, reda dengan ketentuan Allah, menyerahkan setiap urusan kepada Allah, bertawakal kepada Allah, dan bersabar ketika mendapat kejutan pertama (bagi ujian yang datang dengan tiba-tiba atau bagi permulaan ditimpa ujian). Dan seseorang individu itu tidak dikira memahami hakikat Islam sehinggalah dia menyelamatkan nyawa dan harta orang lain, seseorang bertanya: Wahai Rasulullah! Islam bagaimanakah yang lebih baik? Baginda bersabda: ‘Sesiapa yang terselamat saudara se-Islamnya daripada lidah dan tangannya. (Selain itu), terdapatnya tanda-tanda keimanan yang jelas sebagaimana rumah api (yang mana cahaya daripada rumah api memberi petunjuk untuk pelaut); iaitu kesaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, membuat keputusan berpandukan kitab Allah, mentaati Nabi yang Ummiy (buta huruf), dan memberi salam sesama anak-anak Adam apabila kamu bertemu dengan mereka.’
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3552]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.