Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَمسٌ منَ الإيمانِ، من لم يَكن فيهِ شيءٌ منْهنَّ فلا إيمانَ لَهُ: التَّسليمُ لأمرِ اللَّهِ، والرِّضا بقضاءِ اللَّهِ، والتَّفويضُ إلى أمرِ اللَّهِ، والتَّوَكُّلُ على اللَّهِ، والصَّبرُ عندَ الصَّدمةِ الأولى. ولم يَطعَمِ امرُؤٌ حقيقةَ الإسلامِ حتَّى يأمنَهُ النَّاسُ على دمائِهم وأموالِهم ، قالَ قائلٌ: يا رسولَ اللَّهِ، أيُّ الإسلامِ أفضلُ؟ قالَ: مَن سلمَ المسلمونَ من لسانِهِ ويدِهِ، وعلاماتٌ كمنارِ الطَّريقِ: شَهادةُ أن لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ، وإقامُ الصَّلاةِ، وإيتاءُ الزَّكاةِ، والحُكمُ بِكتابِ اللَّهِ، وإطاعةُ النَّبيِّ الأمِّيِّ، والتَّسليمُ على بني آدمَ إذا لقيتُموهم.
Teks Bahasa Melayu
Terdapat lima tanda-tanda keimanan. Barangsiapa yang tiada padanya satu daripada tanda ini, maka tiada iman dalam dirinya: Tunduk kepada perintah Allah, reda dengan ketentuan Allah, menyerahkan setiap urusan kepada Allah, bertawakal kepada Allah, dan bersabar ketika mendapat kejutan pertama (bagi ujian yang datang dengan tiba-tiba atau bagi permulaan ditimpa ujian). Dan seseorang individu itu tidak memahami kebenaran Islam sehinggalah dia menyelamatkan nyawa dan harta orang lain, berkatalah perawi: Wahai Rasulullah! Islam bagaimanakah yang lebih baik?. Baginda bersabda: 'Sesiapa yang menyelamatkan saudara se-Islamnya daripada lidah dan tangannya, dan dengan memberi petunjuk arah di jalan-jalan sebagaimana rumah api (yang mana cahaya daripada rumah api memberi petunjuk untuk pelaut). Bersaksilah bahawa tiada Tuhan selain Allah, tunaikanlah solat, tunaikanlah zakat, berhukumlah dengan kitab Allah, taatilah Nabi yang buta huruf, dan ucapkanlah salam sesama anak-anak Adam apabila kamu bertemu dengan mereka.'
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 472, hadis no. 2533.
(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما- عن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((خمس من الإيمان؛ من لم يكن فيه شيء منهن فلا إيمان له: التسليم لأمر الله، والرضا بقضاء الله، والتفويض إلى أمر الله، والتوكل على الله، والصبر عند الصدمة الأولى. ولم يطعم امرؤ حقيقة الإسلام حتى يأمنه الناس على دمائهم وأموالهم، قال قائل: يا رسول الله! أي الإسلام أفضل؟ قال: من سلم المسلمون من لسانه ويده، وعلامات كمنار الطريق: شهادة أن لا إله إلا الله، وإقام الصلاة، وإيتاء الزكاة، والحكم بكتاب الله، وإطاعة النبي الأمي، والتسليم على بني آدم إذا لقيتموهم)). [البزار، ((الضعيفة)) (3552)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibnu ‘Umar RA: Bahawa Nabi SAW bersabda: Terdapat lima tanda-tanda keimanan. Barangsiapa yang tiada padanya satu daripada tanda ini, maka tiada iman dalam dirinya: Tunduk kepada perintah Allah, reda dengan ketentuan Allah, menyerahkan setiap urusan kepada Allah, bertawakal kepada Allah, dan bersabar ketika mendapat kejutan pertama (bagi ujian yang datang dengan tiba-tiba atau bagi permulaan ditimpa ujian). Dan seseorang individu itu tidak memahami kebenaran Islam sehinggalah dia menyelamatkan nyawa dan harta orang lain, berkatalah perawi: Wahai Rasulullah! Islam bagaimanakah yang lebih baik?. Baginda bersabda: 'Sesiapa yang menyelamatkan saudara se-Islamnya daripada lidah dan tangannya, dan dengan memberi petunjuk arah di jalan-jalan sebagaimana rumah api (yang mana cahaya daripada rumah api memberi petunjuk untuk pelaut). Bersaksilah bahawa tiada Tuhan selain Allah, tunaikanlah solat, tunaikanlah zakat, berhukumlah dengan kitab Allah, taatilah Nabi yang buta huruf, dan ucapkanlah salam sesama anak-anak Adam apabila kamu bertemu dengan mereka.' [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3552]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman