Lima perkara yang termasuk fitrah

TEKS BAHASA ARAB

خمس من الفطرة: الختان، وحلق العانة، وتقليم الأظفار، ونتف الضبع، وقص الشارب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lima perkara yang termasuk fitrah, iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan memotong misai.

STATUS

Shaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1220, hadis nombor 6216. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بلفظ: (الضبع))
عن أبى هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: خمس من الفطرة: الختان، وحلق العانة، وتقليم الأظفار، ونتف الضبع، وقص الشارب.
[خد، ن، ((الضعيفة)) (6350)].

(Syaz dengan lafaz: Al-Dab‘i)
Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Lima perkara yang termasuk fitrah, iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan memotong misai.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, al-Nasa'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6350].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs