Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خمسٌ تُفطِّرُ الصَّائمَ و تنقضُ الوضوءَ: الكذِبُ والغيبةُ والنَّميمةُ والنَّظرُ بالشَّهوةِ واليمينُ الفاجِرةِ.
Teks Bahasa Melayu
Lima perkara yang membuat orang berpuasa itu berbuka dan membatalkan wuduk iaitu menipu, mengumpat, mengadu domba, melihat dengan syahwat dan bersumpah jahat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1198, hadis no. 6080. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: خمس تفطر الصائم وتنقض الوضوء: الكذب والغيبة والنميمة والنظر بالشهوة واليمين الفاجرة. [الخرقي في عشر مجالس من الأمالي، ((الضعيفة)) (1708)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu': Lima perkara yang membuat orang berpuasa itu berbuka dan membatalkan wuduk iaitu menipu, mengumpat, mengadu domba, melihat dengan syahwat dan bersumpah jahat. [Riwayat al-Khiraqi dalam 'Ashar Majalis Min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1708]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman