Lima perkara yang membinasakan diri seseorang

TEKS BAHASA ARAB

خمس هن قواصم الظهر: عقوق الوالدين، والمرأة يأتمنها زوجها تخونه، والإمام يطيعه الناس ويعصي الله عز وجل، ورجل وعد عن نفسه خيرا فأخلف، واعتراض المرء في أنساب الناس

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lima perkara yang membinasakan diri seseorang: Menderhakai kedua ibubapa, seorang isteri yang suaminya mempercayainya namun dia mengkhianatinya, pemerintah yang ditaati oleh manusia namun dia menderhakai Allah SWT, seorang lelaki yang menjanjikan pada dirinya suatu kebaikan lalu dia mungkiri, dan seseorang yang membantah nasab keturunan manusia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 37, hadis nombor 137. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((خمس هن قواصم الظهر: عقوق الوالدين، والمرأة يأتمنها زوجها تخونه، والإمام يطيعه الناس ويعصي الله عز وجل، ورجل وعد عن نفسه خيرا فأخلف، واعتراض المرء في أنساب الناس)).
[هب، ((الضعيفة)) (2435)]

(Lemah) Daripada Abū Hurayrah RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Lima perkara yang membinasakan diri seseorang: Menderhakai kedua ibubapa, seorang isteri yang suaminya mempercayainya namun dia mengkhianatinya, pemerintah yang ditaati oleh manusia namun dia menderhakai Allah SWT, seorang lelaki yang menjanjikan pada dirinya suatu kebaikan lalu dia mungkiri, dan seseorang yang membantah nasab keturunan manusia.
[Riwayat al-Baiyhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2435]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.