Lima perkara yang membatalkan pahala puasa orang yang berpuasa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خمس تفطر الصائم وتنقض الوضوء: الكذب والغيبة والنميمة والنظر بالشهوة واليمين الفاجرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lima perkara yang membatalkan pahala puasa orang yang berpuasa dan membatalkan pahala wuduk: Berdusta, mengumpat, mengadu domba, melihat dengan syahwat dan sumpah palsu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1135, hadis nombor 5725. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس -رضي الله عنه-، مرفوعا: ((خمس تفطر الصائم وتنقض الوضوء: الكذب والغيبة والنميمة والنظر بالشهوة واليمين الفاجرة)).
[الخرقي في ((عشر مجالس من الأمالي))، ((الضعيفة)) (1708)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Lima perkara yang membatalkan pahala puasa orang yang berpuasa dan membatalkan pahala wuduk: Berdusta, mengumpat, mengadu domba, melihat dengan syahwat dan sumpah palsu."
[Riwayat al-Khiraqi dalam ‘Ashr Majalis min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1708]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.