Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خمسٌ تُفطِّرُ الصَّائمَ و تنقضُ الوضوءَ: الكذِبُ، و الغيبةُ، و النَّميمةُ، و النَّظرُ بالشَّهوةِ، و اليمينُ الفاجِرةِ.
Teks Bahasa Melayu
Lima perkara yang membatalkan pahala puasa orang yang berpuasa dan membatalkan pahala wuduk: Berdusta, mengumpat, mengadu domba, melihat dengan syahwat dan sumpah palsu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1135, hadis no. 5725. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه-، مرفوعا: ((خمس تفطر الصائم وتنقض الوضوء: الكذب والغيبة والنميمة والنظر بالشهوة واليمين الفاجرة)). [الخرقي في ((عشر مجالس من الأمالي))، ((الضعيفة)) (1708)]
(Palsu) Daripada Anas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Lima perkara yang membatalkan pahala puasa orang yang berpuasa dan membatalkan pahala wuduk: Berdusta, mengumpat, mengadu domba, melihat dengan syahwat dan sumpah palsu." [Riwayat al-Khiraqi dalam ‘Ashr Majalis min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1708]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman