Lima perkara yang boleh merosakkan tulang belakang

TEKS BAHASA ARAB

خمس من قواصم الظهر: عقوق الوالدين، والمرأة يأتمنها زوجها تخونه، والإمام يطيعه الناس ويعصي الله -عز وجل-، ورجل وعد عن نفسه خيراً فأخلف، واعتراض المرء في أنساب الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lima perkara yang boleh merosakkan tulang belakang: Derhaka kepada ibu bapa, perempuan yang dipercayai oleh suaminya sedangkan dia mengkhianatinya, pemimpin yang ditaati oleh manusia tetapi mengingkari Allah, seseorang yang berjanji dengan kebaikan tetapi akhirnya mengkhianati pendiriannya sendiri dan orang yang menceroboh nasab keturunan orang lain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1998, hadis nombor 10016. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول اللہ ﷺ: خمس من قواصم الظهر: عقوق الوالدين، والمرأة يأتمنها زوجها تخونه، والإمام يطيعه الناس ويعصي الله -عز وجل-، ورجل وعد عن نفسه خيراً فأخلف، واعتراض المرء في أنساب الناس.
[هب، ((الضعيفة)) (2435)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Lima perkara yang boleh merosakkan tulang belakang: Derhaka kepada ibu bapa, perempuan yang dipercayai oleh suaminya sedangkan dia mengkhianatinya, pemimpin yang ditaati oleh manusia tetapi mengingkari Allah, seseorang yang berjanji dengan kebaikan tetapi akhirnya mengkhianati pendiriannya sendiri dan orang yang menceroboh nasab keturunan orang lain.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah Da’ifah, no. 2435]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs