Lima perkara yang boleh memberikan syafaat kepada kalian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الشفعاء خمسة: القرآن، والرحم، والأمانة، ونبيكم، وأهل بيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lima perkara yang boleh memberikan syafaat kepada kalian iaitu: al-Quran, hubungan kekeluargaan, amanah, nabi kalian, dan ahli keluarga baginda (nabi).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1843, hadis nombor 9292. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الشّفعاء خمسة: القرآن، والرحم، والأمانة، ونبيكم، وأهل بيته)). [فر، محمد بن حمزة الفقيه في ((أحاديثه))، ((الضعيفة)) (٣٧٦٢)]

(Lemah) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lima perkara yang boleh memberikan syafaat kepada kalian iaitu: al-Quran, hubungan kekeluargaan, amanah, nabi kalian, dan ahli keluarga baginda (nabi). [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws, Muḥammad bin Ḥamzah al-Faqīh dalam Hadis-hadisnya Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3762]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.