Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَمْسُ خِصالٍ يُفَطِّرْنَ الصَّائِمَ وَيَنْقُضْنَ الوُضُوءِ الكَذِبُ والغَيبَةُ والنَّمِيمَةُ والنَّظَرُ بِشَهْوَةٍ واليَمِينُ الكاذِبَةُ.
Teks Bahasa Melayu
Lima perkara yang boleh membatalkan puasa dan membatalkan wudhu', iaitu berdusta, mengumpat, mengadu domba, melihat dengan syahwat, dan sumpah palsu.
Sahabat Perawi
- Anas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 33, hadis no. 164. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Musa Ibn Jaban dan disebutkan Jaban, seorang yang matruk. Hadith tersebut turut diakui oleh penulis (al-Suyuti) terhadap penilaian Ibn al-Jawzi akan kepalsuannya dan kepalsuannya jelas.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman