Lima perkara termasuk dalam perkara fitrah

TEKS BAHASA ARAB

خمس من الفطرة: الختان، وحلق العانة، وتقليم الأظفار، ونتف الضبع، وقص الشارب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lima perkara termasuk dalam perkara fitrah: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, merapikan bulu ketiak dan menipiskan misai.

STATUS

Shaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 962, hadis nombor 4963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بلفظ الضبع)
عن ابي هريرة – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ: خمس من الفطرة: الختان وحلق العانة وتقليم الأظفار ونتف الضبع وقص الشارب.
[خد، ن، ((الضعيفة)) (6350)].

(Syaz dengan lafaz الضبع)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Lima perkara termasuk dalam perkara fitrah: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, merapikan bulu ketiak dan menipiskan misai.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad dan al-Nasaie dalam al-Mujtaba. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6350].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs