Shaz
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: الخِْتَانُ، وَحَلْقُ الْعَانَةِ، وتَقْلِيمُ الأَظَفارِ، وَنَتْفُ الضَّبْعِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ.
Teks Bahasa Melayu
Lima perkara termasuk dalam perkara fitrah: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, merapikan bulu ketiak dan menipiskan misai.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Shaz
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 962, hadis no. 4963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ بلفظ الضبع) عن ابي هريرة – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ: خمس من الفطرة: الختان وحلق العانة وتقليم الأظفار ونتف الضبع وقص الشارب. [خد، ن، الضعيفة (6350)].
(Syaz dengan lafaz الضبع) Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Lima perkara termasuk dalam perkara fitrah: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, merapikan bulu ketiak dan menipiskan misai. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad dan al-Nasaie dalam al-Mujtaba. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6350].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman