Lima perkara terdiri daripada ibadah

TEKS BAHASA ARAB

خمس من العبادة: قلة الطعام عبادة، والقعود في المساجد عبادة، والنظر في المصحف من غير قراءة عبادة، والنظر في وجه العالم عبادة، وأظنه قال: والنظر في وجه الوالدين عبادة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lima perkara terdiri daripada ibadah: Kurang makan ialah ibadah, duduk di dalam masjid ialah ibadah, memandang kepada mashaf tanpa membaca ialah ibadah, memandang kepada wajah orang yang alim ialah ibadah. Dan aku rasakan baginda bersabda: dan memandang kepada wajah kedua ibu bapa ialah ibadah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1984, hadis nombor 9930. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((خمس من العبادة: قلة الطعام عبادة، والقعود في المساجد عبادة، والنظر في المصحف من غير قراءة عبادة، والنظر في وجه العالم عبادة))، وأظنه قال: ((والنظر في وجه الوالدين عبادة)).
[أبو المعالي في ((فضل العلم))، ((الضعيفة)) (1710)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lima perkara terdiri daripada ibadah: Kurang makan ialah ibadah, duduk di dalam masjid ialah ibadah, memandang kepada mashaf tanpa membaca ialah ibadah, memandang kepada wajah orang yang alim ialah ibadah. Dan aku rasakan baginda bersabda: dan memandang kepada wajah kedua ibu bapa ialah ibadah.
[Riwayat ‘Afīf al-Dīn Abū al-Ma‘ālī dalam Faḍl al-‘Ilm”. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1710]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs