Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خمسٌ من العِبادةِ: قلَّةُ الطَّعامِ عبادةٌ، والقُعودُ في المساجدِ عبادةٌ، والنَّظرُ في المصحَفِ من غيرِ قراءةٍ عبادةٌ، والنَّظرُ في وجهِ العالِم ِعبادةٌ، و أظنُّه قال: والنَّظَرُ في وجهِ الوالدينِ عبادةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Lima perkara terdiri daripada ibadah: Kurang makan ialah ibadah, duduk di dalam masjid ialah ibadah, memandang kepada mashaf tanpa membaca ialah ibadah, memandang kepada wajah orang yang alim ialah ibadah. Dan aku rasakan baginda bersabda: dan memandang kepada wajah kedua ibu bapa ialah ibadah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1984, hadis no. 9930. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((خمس من العبادة: قلة الطعام عبادة، والقعود في المساجد عبادة، والنظر في المصحف من غير قراءة عبادة، والنظر في وجه العالم عبادة))، وأظنه قال: ((والنظر في وجه الوالدين عبادة)). [أبو المعالي في ((فضل العلم))، ((الضعيفة)) (1710)]
(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lima perkara terdiri daripada ibadah: Kurang makan ialah ibadah, duduk di dalam masjid ialah ibadah, memandang kepada mashaf tanpa membaca ialah ibadah, memandang kepada wajah orang yang alim ialah ibadah. Dan aku rasakan baginda bersabda: dan memandang kepada wajah kedua ibu bapa ialah ibadah. [Riwayat ‘Afīf al-Dīn Abū al-Ma‘ālī dalam Faḍl al-‘Ilm”. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1710]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman