Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Lima perkara pembawa kecelakaan kepada tubuh

Teks Bahasa Arab

خَمْسٌ هن من قَواصِمِ الظَّهْرِ: عقوقُ الوالِدَيْنِ، والمرأةُ يأْتَمِنُها زوجُها تَخُونُه، والإمامُ يُطِيعُه الناسُ ويَعْصِي اللهَ، ورجلٌ وَعَد عن نفسِه خيرًا فأَخْلَفَ، واعتراضُ المَرْءِ في أنسابِ الناسِ.

Teks Bahasa Melayu

Lima perkara pembawa kecelakaan kepada tubuh: Menderhaka kepada kedua ibu bapa, seorang isteri yang diberi kepercayaan oleh suaminya kemudian dia mengkhianatinya (suaminya), seorang pemimpin yang ditaati manusia namun dia menderhaka kepada Allah ‘Azza Wa Jalla, seorang lelaki yang berjanji untuk melakukan kebaikan namun dia memungkirinya, serta seorang lelaki yang membantah (mencela) nasab manusia.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 830, hadis no. 4261. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((خمس هن قواصم الظهر: عقوق الوالدين، والمرأة يأتمنها زوجها تخونه، والإمام يطيعه الناس ويعصي الله عز وجل، ورجل وعد عن نفسه خيرا فأخلف، واعتراض المرء في أنساب الناس)). [هب، ((الضعيفة)) (2435)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Lima perkara pembawa kecelakaan kepada tubuh: Menderhaka kepada kedua ibu bapa, seorang isteri yang diberi kepercayaan oleh suaminya kemudian dia mengkhianatinya (suaminya), seorang pemimpin yang ditaati manusia namun dia menderhaka kepada Allah ‘Azza Wa Jalla, seorang lelaki yang berjanji untuk melakukan kebaikan namun dia memungkirinya, serta seorang lelaki yang membantah (mencela) nasab manusia. [Riwayat al-Bayhaqī dalam Syu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2435]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.