Lima perkara daripada Iman

TEKS BAHASA ARAB

خمس من الإيمان؛ من لم يكن فيه شيء منهن فلا إيمان له: التسليم لأمر الله، والرضا بقضاء الله، والتفويض إلى أمر الله، والتوكل على الله، والصبر عند الصدمة الأولى. ولم يطعم امرؤ حقيقة الإسلام حتى يأمنه الناس على دمائهم وأموالهم، قال قائل: يا رسول الله! أي الإسلام أفضل؟ قال: من سلم المسلمون من لسانه ويده، وعلامات كمنار الطريق: شهادة أن لا إله إلا الله، وإقام الصلاة، وإيتاء الزكاة، والحكم بكتاب الله، وإطاعة النبي الأمي، والتسليم على بني آدم إذا لقيتموهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lima perkara (yang merupakan sebahagian) daripada iman, dan sesiapa yang tidak mempunyai sedikit pun daripadanya maka tidak ada iman padanya: Berserah kepada perintah Allah SWT, reda dengan qadak Allah SWT, menyerahkan sesuatu kepada urusan Allah SWT, bertawakkal kepada Allah SWT, dan bersabar ketika hentaman (ujan) yang pertama. Dan seseorang itu tidak akan merasai hakikat Islam sehinggalah dia memberi keamanan kepada manusia atas darah dan juga harta mereka.)) Seseorang telah berkata: “Wahai Rasulullah, (tahap) keislaman yang bagaimanakah yang paling afdal?" Baginda SAW telah bersabda: ((Mereka yang menyelamatkan umat Islam daripada lidah dan tangannya. Dan tanda-tanda itu seperti halnya menara jalan, (ia termasuklah): Penyaksian bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah SWT, mendirikan solat, menunaikan zakat, berhukum dengan Kitab Allah SWT, mentaati Nabi yang ummī, dan memberi salam kepada anak Adam apabila bertemu mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 62, hadis nombor 277. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((خمس من الإيمان؛ من لم يكن فيه شيء منهن فلا إيمان له: التسليم لأمر الله، والرضا بقضاء الله، والتفويض إلى أمر الله، والتوكل على الله، والصبر عند الصدمة الأولى. ولم يطعم امرؤ حقيقة الإسلام حتى يأمنه الناس على دمائهم وأموالهم، قال قائل: يا رسول الله! أي الإسلام أفضل؟ قال: من سلم المسلمون من لسانه ويده، وعلامات كمنار الطريق: شهادة أن لا إله إلا الله، وإقام الصلاة، وإيتاء الزكاة، والحكم بكتاب الله، وإطاعة النبي الأمي، والتسليم على بني آدم إذا لقيتموهم)). [البزار، ((الضعيفة)) (3552)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, daripada Nabi SAW baginda bersabda: ((Lima perkara (yang merupakan sebahagian) daripada iman, dan sesiapa yang tidak mempunyai sedikit pun daripadanya maka tidak ada iman padanya: Berserah kepada perintah Allah SWT, reda dengan qadak Allah SWT, menyerahkan sesuatu kepada urusan Allah SWT, bertawakkal kepada Allah SWT, dan bersabar ketika hentaman (ujan) yang pertama. Dan seseorang itu tidak akan merasai hakikat Islam sehinggalah dia memberi keamanan kepada manusia atas darah dan juga harta mereka.)) Seseorang telah berkata: “Wahai Rasulullah, (tahap) keislaman yang bagaimanakah yang paling afdal?" Baginda SAW telah bersabda: ((Mereka yang menyelamatkan umat Islam daripada lidah dan tangannya. Dan tanda-tanda itu seperti halnya menara jalan, (ia termasuklah): Penyaksian bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah SWT, mendirikan solat, menunaikan zakat, berhukum dengan Kitab Allah SWT, mentaati Nabi yang ummī, dan memberi salam kepada anak Adam apabila bertemu mereka)).
[Riwayat al-Bazzār. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3552)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs