Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Lima peringkat bagi umat Nabi Muhamad SAW dan setiap peringkat jaraknya 40 tahun

Teks Bahasa Arab

أُمَّتي خمسُ طبقاتٍ كلُّ طبقةٍ أربعونَ سنةً، الطبقةُ الأولى: أنا ومَنْ معي، أهلُ علمٍ ويقينٍ، إلى الأربعينَ، والطبقةُ الثانية: أهلُ برٍّ وتقوى إلى الثمانينَ، والطبقةُ الثالثةُ: أهلُ تواصلٍ وتراحمٍ إلى العشرينَ ومئةٍ، والطبقةُ الرابعةُ: أهلُ تقاطعٍ وتظالمٍ إلى الستينَ ومئةٍ، والطبقةُ الخامسةُ: أهلُ هرْجٍ ومرْجٍ إلى المئتينِ، حفِظ امرؤٌ نفسهُ.

Teks Bahasa Melayu

Umatku ada 5 peringkat, setiap peringkat jaraknya 40 tahun. Peringkat pertama adalah aku dan orang-orang yang bersamaku, ahli ilmu dan yakin hingga 40 tahun. Peringkat kedua adalah orang yang melakukan kebajikan dan orang yang bertakwa hingga 80 tahun. Peringkat ketiga adalah orang yang menghubungkan silaturahim dan saling berkasih sayang hingga 120 tahun. Peringkat keempat adalah orang yang saling memutuskan hubungan dan saling menzalimi hingga 160 tahun. Dan peringkat kelima adalah orang yang melakukan kekacauan dan kerosakan hingga 200 tahun, dan setiap orang bertanggungjawab menjaga dirinya sendiri.

Sahabat Perawi

  1. Darim RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1323 - 1324, hadis no. 6757. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن دارم رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أمتي خمس طبقات كل طبقة أربعون سنة، الطبقة الأولى: أنا ومن معي، أهل علم ويقين، إلى الأربعين، والطبقة الثانية: أهل بر وتقوى إلى الثمانين، والطبقة الثالثة: أهل تواصل وتراحم إلى العشرين ومئة، والطبقة الرابعة: أهل تقاطع وتظالم إلى الستين ومئة، والطبقة الخامسة: أهل هرج ومرج إلى المئتين، حفظ امرؤ نفسه. [ابن منده، أبو نعيم في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (2939)]

(Lemah) Daripada Darim RA telah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Umatku ada 5 peringkat, setiap peringkat jaraknya 40 tahun. Peringkat pertama adalah aku dan orang-orang yang bersamaku, ahli ilmu dan yakin hingga 40 tahun. Peringkat kedua adalah orang yang melakukan kebajikan dan orang yang bertakwa hingga 80 tahun. Peringkat ketiga adalah orang yang menghubungkan silaturahim dan saling berkasih sayang hingga 120 tahun. Peringkat keempat adalah orang yang saling memutuskan hubungan dan saling menzalimi hingga 160 tahun. Dan peringkat kelima adalah orang yang melakukan kekacauan dan kerosakan hingga 200 tahun, dan setiap orang bertanggungjawab menjaga dirinya sendiri. [Riwayat Ibn Mandah, Abu Nu'aim dalam al-Ma'rifah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2939]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.