Lima perbuatan yang membatalkan puasa orang yang berpuasa dan membatalkan wuduk

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: خمس يفطرن الصائم وينقضن الوضوء: الكذب والنميمة والغيبة والنظر لشهوة واليمين الكاذبة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Lima perbuatan yang membatalkan puasa orang yang berpuasa dan membatalkan wuduk iaitu: berdusta, mengadu domba, mengumpat, melihat kerana syahwat dan bersumpah dusta.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 94, hadis nombor 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في اللآلىء: موضوع بسعيد يعني: ابن عنبسة: كذاب والثلاثة فوقه مجروحون.

Al-Suyuthi berkata dalam kitab al-La’ali: Hadith ini palsu disebabkan perawi bernama Said, yakni Ibn ‘Anbasah: Dia pendusta, dan tiga perawi di atasnya dikritik.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon